Saturday, March 29, 2008

Nasi Sayur



Nasi Sayur

3 cawan beras basmathi
4 ½ cawan air
½ cawan susu cair
1 cawan sayur campur
2 sb minyak sapi
1-2 sb minyak masak
3 helai daun pandan
Kayu manis 2 inci, bunga lawang 1, bunga cengkih 3, buah pelaga 2
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun ketumbar
Hirisan badam (disangar)

Caranya

1. Beras dicuci bersih dan direndam setengah jam. Setelah itu toskan.
2. Masukkan air, susu cair, minyak sapi , minyak masak, daun pandan, rempah tumis 4 beradik dan garam ke dalam periuk nasi dan biarkan sehingga ia mendidih.
3. Masukkan beras dan sayur campur. Kacau rata dan biarkan masak seperti memasak nasi biasa.
4. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, hirisan badam dan daun ketumbar.



Daging Masak Mamak
- original resepi dari Mami Penang
Sumber : Rosyanti Mahram (RN)

Bahan

1kg daging lembu (direbus sampai lembut)
2sbm serbuk cili kering (cap babas/allagapas)
1sk serbuk jintan putih 1sk serbuk sajira (btk spt jintan tapi mklang tak letak pun)
2 labu bawang besar dihiris bulat

Bahan kisar

3 inci halia
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
5 labu bwg besar

2 btg serai - titik
Daun kari
Daun pandan (simpulkan)
Daun pudina
3/4 cwn kicap manis
3 sb tomato puri
1cwn bwg goreng (tumbuk halus)
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)

Cara

Panaskan minyak dan minyak sapi. Masukkan bhn kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, serbuk cili, jintan putih dan sajira...kacau dan biar hingga naik aromanya. Masukkan daging dan airnya sekali. Bila daging dah lembut dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan daging itu empuk sekejap. Masukkan tomato puri dan daun pudina . Tambahkan garam secukup rasa. Agak2 kuah dah naik kering, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah.





Sayur Goreng Szechuan

15 ekor udang
2 batang celery stalk
½ batang lobak merah (hiris nipis)
½ tin cendawan butang (belah 2)
½ pokok bunga kobis
½ pokok brokoli
1 biji bawang besar (belah enam)
4 biji bawang putih (cincang)
6-8 batang cili kering (bilas dan gunting tiga setiap satu)
3-4 sb cuka hitam
2 sb kicap cair
Gula secukup rasa
Sedikit air

Caranya

1. Tumis cili kering dengan sedikit minyak sehingga garing (jangan sampai hitam/hangus).
2. Masukkan bawang putih, tumis sebentar dan masukkan udang.
3. Setelah udang ¾ masak, masukkan bawang besar dan diikuti dengan sayuran-sayuran lain..didahulukan sayur yang lambat masak dahulu. Gunakan sedikit air bila perlu.
4. Masukkan cuka hitam, kicap cair dan gula . Kacau rata. Matikan api setelah sayur ¾ masak. Hidang.

Tips – Campuran bahan-bahan perasa ini mesti ada rasa tajam cuka, masin dan manis yang rata.

No comments:

Post a Comment