Saturday, March 29, 2008

Nasi Serai


NASI SERAI

Sumber: Kak Muza (FRD)
Resepi Keluarga


Bahan

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam 30 minit, toskan
6 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan tumis

1 sb rempah kurma.
2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiriskan.
1 inchi halia - dihiris
3 sb majerin.
sedikit rempah empat sekawan.{kulit kayu manis,buah pelaga,cengkih dan bunga lawang.
5 batang serai- dititik
bawang goreng untuk taburan
garam secukup rasa


Caranya

1. Panaskan majerin,didalam periok nasi,
2. Masukkam bawang yang dah dihiris,halia sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma yang dah dibancuh dgn air sedikit,serai,rempah empat sekawan,sehingga naik bau.
4. Masukkan air ,beras,daun pandan ,tanak sehingga masak.
5. Setelah masak taburkan dengan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment