Friday, April 4, 2008

Rendang Ayam


Rendang Ayam
(nama lauk sebenar - Gulai Ayam Pekat- masakan Maklang dari FRD)

Bahan Utama
1 ekor ayam, dipotong 12
4 biji kentang dibelah empat
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil jusnya (I use separuh aje)
1 camca besar gula Melaka
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

Bahan Tumis
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang,pelaga,cengkih
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris

Cara membuatnya

Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan. Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan. Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment