Thursday, May 15, 2008

Cashmere Butter Cake




Cashmere Butter Cake

Bahan A
250g butter
2 sb susu pekat

Bahan B
500g tepung optima
30g tepung hong kong
30g susu tepung
7 biji telur
150ml air

Bahan hiasan
½ biji parutan kulit limau
Sedikit badam cincang

Cara-caranya

1. Pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.
2. Tepung optima, telur dan air dipukul hingga naik. Masukkan tepung hong kong dan tepung susu..kacau separuh rata.
3. Masukkan bahan A dan kacau sehingga rata.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu butter, parut kulit limau dan tabur badam cincang di atas adunan.
5. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah selsius.