Sunday, November 30, 2008

Sup Mamak Power



Sop Mamak Power
Sumber: Cranko21


1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu
4 helai daun pandan
2 batang kayu manis
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
garam secukup rasa
Daun sop,daun bawang dan bawang goreng utk taburan


Bahan Kisar
4 sm rempah sop
30g cili padi (optional)
100g bawang kecil
30g bawang putih
50g halia


Bahan pemekat
3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air


Caranya
1. Rebus daging dan daun pandan hingga daging lembut.
2. Tumis kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan rempah tumisan kedalam periuk daging yang telah direbus tadi. Kacau.
4. Masukkan ubi kentang,lobak merah dan garam. Masak hingga kentang dan lobak empuk.
5. Masukkan bancuhan tepung kacang dhal dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih selama 5 minit. Hidang.

Nota: Cili padi boleh digantikan dengan serbuk lada putih..barulah rasanya sama dengan sop mamak kat Boon Keng..power :)

Ayam Goreng Tepung Kentang




Ayam Goreng Tepung Kentang
Sumber: Berita Harian


Bahan-bahannya
5-8 batang lada kering
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sm ketumbar biji
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung kentang (potato flour/starch)
1 biji telur
1/2 st soda bikarbonat
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)
secukup air ( resepi kat BH tak cakap pakai air so I taruk ajelah tapi sorry.. lupa nak sukat. Buat macam adunan tepung goreng pisang).

Caranya-caranya
1. Kisar lada kering, bawang putih, halia dan ketumbar biji.
2. Satukan bahan2 kisar dengan tepung beras, tepung kentang, garam, serbuk perasa, telur, soda bikarbonat dan air.
3. Celup kepak ayam ke dalam adunan kemudian goreng terendam hingga kuning keemasan.

FISH & CHIPS



Fish & Chips (Serbuk Roti)

Bahan-bahannya
Dory/Sutchi Fillet ( potong 2, tekap dgn kitchen towel hingga kering)
Tepung gandum
Telur + lada putih + garam secukup rasa (kocok)
Serbuk roti

Cara-caranya
1. Salutkan ikan pada tepung kemudian telur dan seterusnya serbuk roti. Perap selama setengah jam. Goreng dengan minyak yang banyak. Hidang bersama coleslaw, baked beans dan french fries.


Coleslaw

Kobis (diracik)
Lobak merah (diracik)
Sos coleslaw dalam botol
Susu pekat

Gaulkan kesemua bahan-bahan ini hingga rata. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.( Susu pekat tak perlu banyak..hanya untuk balance kan rasa masam pada sos coleslaw )






Fish & Chips (Batter)

100g tepung gandum
50g tepung jagung
3/4 sb tepung kastard
1 st baking powder
1/3 st garam
1/3 st gula
1/2 st serbuk kari ikan
1/8 st five spice powder
1 biji kuning telur
2 sb minyak masak
150ml air

Satukan semua bahan kecuali minyak masak. Gaul rata hingga menjadi adunan yang licin. Masukkan minyak masak, gaul rata dan perap selama 10 minit sebelum digunakan.

Nota: Boleh gunakan ikan dory, sotong atau pun udang.

Saturday, November 29, 2008

Tau Fu Fah




Bahan Tahu

250g kacang soya (rendam semalaman atau sekurang2nya 6 jam)
2 liter air
1tsp glucono (boleh dibeli di kedai Ailin)

Cara-caranya

1. cuci bersih kacang soya dan toskan. Kisar kacang dengan 1 liter air. Perah dengan menggunakan kain. Hampas kacang dikisar sekali lagi dengan lebihan air 1 liter. Perah sekali lagi.
2. Didihkan air kacang soya selama 10 minit. Kaup buang buih dan helaian tahu dipermukaan air.
3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan glucono dan kacau rata. Tutup.
4. Air tahu akan menjadi kental selepas 5-10 minit. Hidang.


Sirap

200g gula pasir
350 ml air
4 helai daun pandan

Cara-caranya

Satukan kesemua bahan dan didihkan sehingga gula larut.

Wednesday, November 19, 2008

Daging Masak Kicap



Daging Masak Kicap

1kg daging (rebus sehingga lembut bersama sedikit garam)
12 biji bawang merah (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
2 1/2 inci halia (kisar)
1 sb rempah kari daging
1 sb cili kisar
1 1/2 sb tomato puri
1-1 1/2 cawan kicap masin
1 1/2 - 2 sb gula
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji kentang (kupas dan belah empat)

Cara-caranya

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga kembang dan wangi.
2. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar lalu tumis sehingga kering dan terbit minyak.
3. Masukkan tomato puri. Tumis sebentar.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya sekali,
kicap, gula dan kentang. Masak sehingga kentang empuk.
5. Hidang.

Nasi Minyak




NASI MINYAK

4 (1/2 kg) gayung beras basmathi
6 gayung air (termasuk sukatan susu cair)
40g minyak sapi
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
100ml susu cair
2 helai daun pandan
1 st garam

Sedikit hirisan badam (disangar), kismis (digoreng), bawang goreng dan daun ketumbar buat taburan.

Cara-caranya

1. Tumiskan bawang besar dengan minyak sapi hingga layu. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis hingga naik wangi.

2. Masukkan air, susu cair dan garam. Biarkan mendidih.

3. Masukkan beras dan masaklah sehingga tanak.

4. Taburkan daun ketumbar, badam, kismis dan bawang goreng ketika menghidang.

Koleh-koleh




KOLEH-KOLEH
Sumber: Resepi.Net(diubah-suai ikut citarasa)

Bahan A
3 cawan santan pekat (santan Kara)
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Bahan B
300 gm tepung kacang hijau
4 cawan air
1 sudu teh perwarna coklat (optional)

Bahan C
420-450 gm gula melaka
1/2 cawan air

Bahan D
1 1/2 cawan pati santan
secubit garam

Loyang bulat 10 inci


Cara menyediakannya

1. Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman.

2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.

3. Masak bahan D hingga menjadi tahi (ada perkataan yang lebih sopan tak?) minyak. Ketepikan.

4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.

5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak.

5. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.

6. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Sunday, November 9, 2008

Kek Tunang




KEK TUNANG

Kek dibuat atas permintaan seorang kawan untuk majlis pertunangan anak saudaranya. Kek Kukus Choklat dengan buttercream dan dihias dengan bunga sugarpaste.