Monday, December 28, 2009

BUTTER PRAWNS



Bahan-bahannya
1/2 kg udang
125 g butter
3 st bawang putih (cincang)
2-3 st lada hitam (tumbuk kasar)
secubit garam
Caranya
Gaul semua bahan hingga rata kecuali udang. Tumis butter hingga cair , masukkan udang. Goreng hingga udang bertukar warna kemerah-merahan...angkat dan hidang.
Untuk BBQ
Bungkus beberapa ekor udang dan sedikit butter yang telah digaul dgn bahan-bahan lain di dalam aluminium foil..lipat kemas aluminium foil menjadi bungkusan empat segi ...siap untuk dibakar.

Sunday, November 15, 2009

Aniq's 10th Birthday Ice-cream Cake

My son's 10th birthday last Friday 13th Nov 09..eh..'Friday the 13th' lah tak perasan pulak..hihihi...Buatkan dia ice-cream cake lagi. Dia nak perasa jagung...gerenti kakak-kakaknya tak suka...so I buat triple flavour...jagung, tiramisu dan caramel..basenya oreo dan bipang kacang yang dikisar kasar.







Sayur Campur Goreng Telur

Resepi ni agaknya direka untuk 'camouflage' kan sayur-sayur tu. Anak-anak suka sebab rasa telurnya lebih dari rasa sayurnya...a good way to make the children eat vegie. Nak tahu kat mana belajar goreng sayur ni?...hihihi...rancangan kanak-kanak TELETUBBIES..




Bahannya

Sayuran pilihan anda...lebih baik yang keras seperti cauliflower, broccoli, carrot, capsicum, leek, sweet pea, button mushroom dalam tin dan lain-lain..

1/2 biji bawang besar (hiris halus)
3 biji telur
garam dan serbuk lada putih secukup rasa


Caranya

1. Tumis bawang hingga layu..masukkan sayur...golek-golekkan seminit.
2. Kocok telur bersama garam...tuangkan ke atas sayur dan biarkan telur 3/4 masak..baru dikacau..renjiskan sedikit serbuk lada putih..biarkan seminit..hidang.

Lemak Udang Cendawan

My eldest doter nampak cendawan-cendawan ni kat Cold Storage..dia nak rasa jadi dia suruh masak lemak cili padi. Selalunya gunakan oyster and enoke mushroom aje but kali ni gunakan yang tak pernah 'try'...bila dah masak rasanya sama aje tapi cendawan yang besar (portabella) sekali tu buat kuahnya gelap sikit tapi tak merosakkan rasa.


Bahannya
1/2 kg udang
10 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
10 batang cili padi (kisar)
1 ibu jari halia (kisar)
1/2 ibu jari belacan (kisar)
2 batang serai (titik)
2 keping asam gelugur
2 kotak kecil santan Kara
Air secukupnya
garam dan gula (optional) secukup rasa
Pelbagai jenis cendawan pilihan anda
Caranya
1. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
2. Masukkan air dan santan...biarkan mendidih..jangan lupa dikacau selalu.
3. Masukkan udang, cendawan dan asam gelugur...masak hingga cendawan kecut..kurang lebih sepuluh minit.
4. Rasa gula garamnya...hidang..
Ni ada sedikit info tentang cendawan.. http://mushroominfo.com/nutrition/

Saturday, October 31, 2009

Roti Ban ' Vanila '

Resepi ni dari rancangan Vanila di Suria...lembut sekali walaupun tak menggunakan bread improver. Kalau aku tak lupa, dalam rancangan tu ada menggunakan bread improver tapi resepi kat website Suria takde pulak...cara membuatnya pun tak detail..













Resepi untuk Ban
500g tepung roti
1 paket (11g) yeast segera
100g gula halus/castor
1 biji telur
260 ml air
1tsp garam
50g butter
Cara-caranya
1. Satukan tepung, yeast dan gula...gaul sebati. Masukkan telur dan air...uli (dgn mixer) sehingga bahan bersatu...masukkan garam....uli lagi seminit.
2. Masukkan butter dan uli sehingga doh jadi licin dan permukaan mangkuk mixer bersih...lebih kurang 20 minit dgn kelajuan 2.
3. Perap doh selama 30-45 minit sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. Bahagikan doh menjadi 50g sebiji, uli bulatkan dan perapkan (proof) lagi 10 minit.
5. Bolehlah bentukkan dan intikan ikut citarasa.
6. Setelah dibentuk, proof lagi selama 20 minit...sapu telur atau biarkan saja...bakar dgn suhu 200 degrees celcius selama 12-15 minit.
Nota: Jikalau roti tidak di sapu telur ketika membakar...sapukan dengan mentega cair setelah roti keluar dari oven.




Wednesday, September 16, 2009

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE


Marble Chocolate Cheese Cake

Source : Agnes Chang


Bahan A

180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-caranya
1. Pukul butter and gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan-bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Sunday, September 13, 2009

GHEE RICE

This is Amalina's Home Economics Practical Exam dish that she has to do this Tuesday. Let her try out the easy recipe we found somewhere in the net..the theme is Indian Food.


Ingredients

2 cups basmathi rice
3 cups water
2 garlic cloves - pound to a paste
1 cm ginger -pound to a paste
1 bay leaf
1 stick cinnamon
3 cardamoms
1 star anise
3 cloves
1 big onion - dice
3/4 cup frozen mixed vegetables
2 tbs ghee
3/4 tsp salt
Coriander leaves and fried onions for garnishing

Method

1. Wash then soak the basmathi rice for 15-20 minutes...drain.
2. Heat 1 tbs ghee in a wok..add cinnamon, cardamom, star anise, cloves and bay leaf. Fry until fragrant.
3. Add diced onions and fry till soft and brown. Add garlic and ginger...fry till fragrant.
4. Add the rice and mixed vegie and stir fry for 3 minutes.
5. Pour basmathi rice into a rice cooker, add water and salt..stir.
6. Once the rice is cooked, take 1 tbs of ghee and mix well.
7. Serve on a plate and garnish with coriander leaves and fried onions.

Saturday, September 12, 2009

CORNFLAKES MADU



Bahan A
250g cornflakes
100g hirisan badam/kuaci (bakar dulu)

Bahan B
110g mentega
90g gula halus
6 sb madu

Caranya
1. Gaul rata bahan A.
2. Masak bahan B sehingga butter cair dan semua bahan sebati. Sejukkan..suam-suam pun boleh.
3. Tuangkan bahan B kedalam bahan A..gaul rata.
4. Masukkan kedalam papercups..bakar dengan suhu oven 180 darjah celcius selama 10 minit...sejukkan..hidang.

SPANISH CHOCOLATE SQUARES





Bahan A
250g butter
1tsp vanilla essence
130g gula caster

Bahan B
50g serbuk badam
20g susu tepung/coffeemate
40g cornflakes (mesen halus)

Bahan C
270g tepung gandum
30g tepung jagung
20g tepung beras

Bahan Topping
Secukup Dark Chocolate
Secukup White Chocolate

Caranya
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masuk bahan B dan C.
3. Ambil separuh adunan dan ratakan dalam loyang cutter ukuran 10x10. Cucuk adunan dengan garpu lalu tekan cutter kedalamnya.
4. Bakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit. Sejukkan.
5. Keluarkan cutter..tuangkan dark chocolate yang telah dicairkan..picitkan garisan chocolate putih..lorekkan dengan toothpick..masukkan/tekankan kembali cutter yang dikeluarkan tadi.
6. Masukkan dalam petisejuk selama 10 minit untuk mengeraskan chocolate.
7. Setelah sejuk..keluarkan cutter satu persatu..hidang.

Thursday, August 27, 2009

BBQ CHICKEN



Ingredients

2kg chicken wings
6 tbs oyster sauce
1 tbs light soy sauce
2 tbs dark soy sauce
1 tbs chilli powder/paste
1 tbs honey
3 cloves garlic (pound to a paste)
2 inch ginger ( pound to a paste)

Method
Mix all ingredients together. Marinate at least 2 hours or overnight. Bake on grill for 20 minutes on one side, overturn and bake another 10-15 minutes. Done.

Tips: I drained the chicken juice after the first baking (20 minutes) to prevent the chicken from getting soggy.

Sunday, August 23, 2009

NAGASARI JAGUNG



NAGASARI JAGUNG
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk.

Friday, August 14, 2009

BEEF STEW



BEEF STEW

Bahan-bahannya

1kg daging lembu - potong dadu
500g bawang besar - cincang
500g kentang - belah 4 atau 6
500g lobak merah - potong besar
6 biji bawang putih - cincang
1 tin (411g) tomato buah dalam tin - diramas
1 cawan Sparkling Juice berperisa anggur merah
1 1/2 sb tepung gandum
1 bungkus rempah Sup Bunjut
1 bungkus kiub ayam/lembu Knorr
2 sb lada hitam biji (ditumbuk)
Minyak Zaitun untuk menumis
Secukup air
Gula garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan putih hingga kuning keemasan.
2. Masukkan tepung dan goreng sebentar saja hingga rata.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali kentang..masak hingga daging empuk dan kuahnya hampir pekat.
4. Masukkan kentang..masak hingga kentang empuk dan kuahnya pekat. Rasa gula garamnya..hidang.
5. Enak dimakan bersama roti.

Wednesday, August 5, 2009

GARLIC SPREAD



GARLIC SPREAD

Bahan-bahannya
250g butter
90g bawang putih ( cincang halus )
1 1/2 sudu teh parmesan cheese
1 1/2 sudu teh English parsley ( cincang halus )
1/4 sudu teh garam

Cara-caranya
Gaul semua bahan menjadi satu. Siap untuk digunakan.

GARLIC BREAD




Bahan Roti

Bahan A
600g tepung roti
80g gula caster
20g susu tepung
4 st yeast
1 1/2 st garam
1st bread improver

Bahan B
300ml air sejuk
1 biji telur

Bahan C
60g butter

Caranya
1. Satukan bahan A dan B..pukul (gunakan mixer) hingga menjadi satu.
2. Masukkan butter dan pukul terus dgn kelajuan 1 selama 15-20 minit.
3. Biarkan doh naik selama 45 minit...atau hingga doh kembang 2 kali ganda.
4. Bahagikan doh kepada ketulan 100g sebiji...bulatkan dan biarkan ia rehat sebentar selama 10 minit.
5. Giling doh menjadi leper dan gulung..aturkan atas dulang pembakar yg telah disapu butter...biarkan rehat lagi selama 30 minit.
6. Sapukan telur di permukaan doh.
7. Belah memanjang ditengah-tengah doh yang telah kembang dan isikan dengan GARLIC SPREAD.
8. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15-20 minit.

Monday, August 3, 2009

AYAM KESHMIRI




AYAM KESHMIRI

Bahan-bahannya
1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

NASI JAGUNG



NASI JAGUNG
Sumber: Efkay

Bahan-bahannya
3 cwn beras basmathi....rendam 20 min dan toskan
4.5 cwn air
1 cwn jagung frozen (rendam hingga lembut)
1/2 cwn susu cair
1 s/b rempah beryani
1 s/b minyak sapi
1 sb minyak masak
garam secukup rasa


Bahan tumis
1 labu bawang ]
1 ulas bawang putih ] mesin halus dan campur dgn rempah beryani
1 inci halia ]
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali , tumiskan 4 sekawan, masuk bahan kisar tumis hingga wangi.
2. Masuk air,susu,jagung, beras ,garam.
3. Mendidih,alihkan pada rice cooker dan teruskan proses memasak.

Sunday, July 26, 2009

ROTI JOHN TUNA



Bahan-bahannya
1 tin 'tuna chunks in oil' (buang minyaknya)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji telur
1 tin cendawan butang (hiris)
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Beberapa keping roti putih atau perancis

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan-bahan..gaul rata.
2. Sudukan di atas kepingan roti dan goreng dengan sedikit minyak..sikit je..di atas kuali leper. Goreng hingga kekuningan.
3. Hidang..

BABY SOTONG GORENG GARENG



Bahan-bahannya
2 kg baby sotong – buang tulang belakang sotong, cuci bersih
1 biji bawang besar (belah 6)
½ batang timun ( dadu kasar)
½ biji capsicum hijau/merah/kuning ( belah kasar)
1 biji tomato ( belah 4)
2 batang celery ( hiris kasar)

Sos
1 sb cili kisar
1 cawan cili sos
1/3 cawan oyster sos
1 st kicap masin
½ cawan air
Gula secukup rasa

Caranya

1.Sotong di kukus selama 10 minit. Kemudian digoreng hingga kecut dan betul –betul garing. Ketepikan.
2.Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan semua bahan-bahan sos yang lain. Biarkan mendidih dan pekat sedikit.
3.Masukkan sotong dan sayuran, gaul rata dan matikan api…hidang.

VEGIE & TUNA PUFFS



Tuna fillings

1 can tuna chunks in oil ( discard the oil)
1 large onion ( dice)
2-3 tbs mayonaise
white or black pepper powder to taste

Mix all ingredients well.

A few pieces of instant prata cut into halves..


Fold 1/3 and pinch on the sides..


Fill in the fillings..


Fold to close and again pinching the sides..


...eggwash and bake at 200 degrees celcius for 30 minutes.



PUFF SAYUR



Bahan-bahan inti

30 sen taugeh
1/2 batang lobak merah (diracik)
1 keping tahu (dipotong kecil)
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 genggam udang kering (tumbuk)
Garam secukup rasa

Caranya

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan tahu.. goreng hingga tahu masak kemudian masukkan lobak merah. Teruskan menggoreng hingga lobak merah lembut.
3. Masukkan taugeh dan garam, gaul dan matikan api.


SOS CILI

Bahan-bahan

6 sb cili kisar
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 sb tomato sos
3-4 sb cuka
1 cawan air
Gula secukup rasa


Caranya

1. Tumis cili dan bawang putih.. dgn minyak yang sedikit.. hingga garing.
2. Masukkan air, sos tomato, cuka dan gula. Masak hingga pekat sedikit.

MINI CHOCOLATE CHIPS CUPCAKE




Ingredients

225g self-raising flour
225g caster sugar
225g butter, softened
4 tbs cocoa powder
1 tsp baking powder
4 eggs (AA size)
as much chocolate chips to your desire

Method
1. Preheat oven to 180 degrees celcius.
2. Sieve flour, cocoa powder and baking powder. Set aside.
3. Cream sugar and butter until smooth and pale.
4. Add eggs one at a time, beating well with each addition.
5. Add the flour mixture and chocolate chips and stir until well combined.
6. Spoon or pipe batter into mini papercups 3/4 full.
7. Bake for 15-20 minutes.

OREO ICE CREAM CAKE




Oreo Ice Cream Cake
(makes one 18cm cake)
Source :
http://happyhomebaking.blogspot.com/2008/04/if-you-give-oreo-cookie-monster.html

Ingredients
110g oreo cookies (finely crumbled)
40g butter, melted and cool
about 1 tub of ice cream (1.5 ltr)
1 cup Nestle pouring cream (or heavy cream)(I used non-dairy whipping cream)
150g dark chocolate, finely chopped

Method:

1. Line the sides of a loose bottom pan with plastic sheets. Set aside.
2. Place oreo crumbs and melted butter in a bowl. Mix thoroughly with a spoon until the crumbs are moistened. Press the crumbs evenly into the base of the prepared pan. Use the back of the spoon, smooth out the crumbs and press firmly. Freeze the base for at least 1 hour.
3. Soften the ice cream at room temperature. When the ice cream is soft enough, place it in a mixing bowl. With a spoon or spatula, stir the ice cream until it is spreadable. Spoon the ice cream over the oreo base, ensure all gaps are filled. Depending on the depth of the pan, fill it with enough ice cream till it reaches about half to one inche before the rim. Cover with a cling wrap and freeze for at least 2 hours.
4. When the ice cream layer is set, prepare the chocolate ganache. Place cream and finely chopped dark chocolates in a bowl over a pot of simmering water. Stir till the chocolate melts complete. Leave to cool off.
5. This step has to be done as quickly as possible. Spread the chocolate ganache over the ice cream layer.
6. Cover with cling wrap and freeze for at least another 6 hours before unmolding.
7. When ready to unmold, dampen a kitchen towel with hot water and wrap it around the pan and hold it there for about 10 seconds. Remove the towel and unmold.
8. After unmolding the cake, return it back into the freezer to firm up before serving.
9. Decorate as desired.

JULY BIRTHDAY CAKES





Chocolate cake is mine..shared with two friends whose birthdays falls in June.



This is doter Nadzirah's Oreo Ice Cream cake...she's crazy over Oreos..



This is doter Nadiah's Chocolate and Mint Ice Cream cake...also her favourite flavours..

JULY BIRTHDAYS


Birthday Cupcakes for all...6 of us to be exact..including myself


Farhan (nephew)..22 July and Nadzirah (doter)..14 July


Nadiah (doter)..23 July and Aqeel (nephew)...27 July


My sister .. 5 July


and myself..9 July..you don't get to see me..just my hand lighting up the candles..hihihi..