Monday, January 26, 2009

Coconut Pandan Cake





KEK PANDAN KELAPA
Sumber: Forum Resipidiana

Bahan-bahannya

(A)
270 gram mentega
230 gram gula kastor

(B)
5 biji telur
60 ml santan (kara)
1 sb pandan paste
1 1/2 st pewarna hijau

(C)
240 gram tepung gandum/kek
25 gram tepung kastard/jagung
30 gram kelapa parut/dessicated coconut
1 st serbuk penaik

Untuk Hiasan Atas
40 gram mentega
35 gram gula aising
55 gram kelapa parut/dessicated coconut

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga pucat dan gebu.
2. Satukan semua bahan (B). Masukkan ke dlm adunan (A) sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga adunan rata dan tidak berbintil-bintil.
3. Satukan bahan(C). Masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup dan balikkan hingga sebati.
4. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 10”.
5. Campur semua bahan-bahan di 'Hiasan Atas' dan taburkan di permukaan kek.
6. Bakar pada suhu 175’C selama 50 minit. Siap dihidang.

No comments:

Post a Comment