Monday, January 26, 2009

Kambing Hyderabad




Kambing Hyderabad
Sumber: Buku Asmah Laili

Bahan-bahannya
1 kilo daging kambing/lembu (potong ikut suka hati)
3 biji bawang besar dihiris
2 sm pes bawang besar
1 sm pes halia
1 sm pes bawang putih
1 sm pes cili
1 sm pes tomato
1 sm serbuk ketumbar
1 sm rempah masalla kambing ( akak gunakan rempah beryani aje)
½ sm sebuk kunyit
2 biji tomato dibelah empat
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
½ cawan daun pudina
½ cawan daun ketumbar
2 cawan air
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
4 sm tairu

Cara-caranya
Masukkan semua bahan, kecuali tairu, kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga daging lembut. Tambah air selagi perlu.
Setelah daging lembut, masukkan tairu dan masak lagi sehingga kuahnya pekat dan naik minyak. Dikacau sekali-sekala supaya tak hangus.
Enak dimakan bersama nasi atau roti.

No comments:

Post a Comment