Monday, January 26, 2009

Nasi Kurash Pilau




Nasi Kurash Pilau
Sumber: Buku Asmah Laili

4 gayung atau ½ kilo beras basmathi ( cuci bersih, rendam ½ jam kemudian toskan)
100g gajus dibelah dua (goreng garing)
100g hirisan badam (goreng garing)
100g pistachio (goreng garing)
100g kacang peas
½ batang lobak merah dihiris
1 biji kentang yang besar dihiris
1 biji tomato dicincang
1 sm pes halia
1sm pes bawang putih
½ st kunyit serbuk
½ st garam masala/rempah beryani/rempah kari
½ sm serbuk cili
½ biji bawang besar dicincang
½ cawan hirisan daun ketumbar
100g kismis untuk hiasan
¼ cawan minyak sapi / minyak sayur
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang cincang sehingga garing. Masukkan pes halia dan bawang putih, tomato, kunyit, cili serbuk, garam masalla dan garam. Tumis sebentar hingga naik aromanya.
2. Masukkan carrot, kentang dan ¼ cawan air. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan daun ketumbar, gaul dan matikan api.
4. Didihkan air 3 kali ganda banyaknya beras. Tambahkan 2 st garam.
5. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi. Masak hingga beras ¾ masak. Tapis.
6. Masukkan ½ bahagian nasi kedalam periuk nasi, taburkan ½ bahagian kekacang, masukkan lauk yang telah dimasak tadi dan taburkan lebihan kekacang.
7. Akhir sekali masukkan lebihan ½ bahagian nasi dan masak lagi selama 15 minit.
8. Enak disajikan panas.

No comments:

Post a Comment