Tuesday, March 31, 2009

Bubur Ayam



Bahannya

500g isi ayam - cincang/kisar
2 1/2 gayung beras - cuci bersih, toskan
8 biji bawang putih - tumbuk lumat
1 1/2 ibu jari halia - tumbuk lumat
1-2 cawan sayur campur
Air secukupnya
garam dan lada putih serbuk secukup rasa
daun bawang, daun sup dan bawang goreng buat taburan

Caranya:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Air hendaklah 3/4 penuh periuk..ditambah bila perlu.
2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam, beras, lada putih dan garam. Masak dengan api yang perlahan. Sekali-sekala dikacau supaya nasinya hancur dan tidak berkerak.
3. Setelah masak, masukkan sayur campur..masak lagi 5 minit..matikan api..hidang.
4. Hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang..dan sambal kicap...dan telur hitam (century egg).

Laksa Goreng Kerang



Bahannya:

1 kg mi laksa (celur)
2 kg kerang (rebus dan ambil isinya)
2 keping fishcake (hiris)
40 sen taugeh
70 sen daun kesum (mayang)

Bahan kisar:

3-4 biji bawang besar
5-6 biji bawang putih
lada kisar ikut suka pedas


Caranya:

1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan fishcake, kerang dan separuh dari daun kesum. Tumis lagi 2-3 minit.
3. Tambahkan 1/2 cawan air dan garam secukup rasa. Tumis hingga pekat tapi jangan kering.
4. Pada masa yang sama..celurkan mi laksa.
5. Toskan mi laksa dan terus masukkan ke dalam tumisan rempah tadi. Gaul rata.
6. Masukkan taugeh dan lebihan daun kesum..gaul rata..matikan api..hidang.

Nota: Mi laksa harus dituangkan terus sejurus selepas dicelur ke dalam rempah tumisan kerana ia akan resap rempah dgn lebih baik lagi .

Saturday, March 28, 2009

2-tier Chocolate Cake

Ini kek hantaran untuk my cousin yang nikah hari ni. Gambar kek yang gelap/hitam ni diambil tanpa menggunakan flash dan yang bawah menggunakan flash. I suka gambar yang kat bawah tu sebab nampak 'appetizing' manakala yang gelap tu nampak 'rustic'..berkarat gitu. Walau macamana pun I dapat banyak feedback yang membina. Cousins dan makcik2 suruh bukak kedai..hihihi..macamlah aku ni bagus sangat. I even get a pat on the back from a stranger..tak ke 'encouraging' tu? Thank you everybody for the vote of confidence...






Wednesday, March 25, 2009

Abok-Abok



Abok-Abok

Bahan-bahannya:

400g sagu biji
1/2 biji kelapa parut ( putih )
1 st garam
Beberapa ketul gula melaka ( dihiris)
Beberapa helai daun pisang ( disalai atas api)

Cara-caranya:
1. Rendam sagu biji selama 10 minit..toskan.
2. Gaulkan garam pada kelapa. Gaulkan kelapa pada sagu biji.
3. Gulung daun pisang berbentuk corong. Isikan separuh penuh dengan sagu biji kemudian satu sudu teh gula melaka atau lebih dan seterusnya isikan sagu biji hingga hampir penuh.
4. Lipat tutup dan semat dengan toothpick daun pisangnya.
5. Kukus 15 minit. Hidang..

Sunday, March 22, 2009

AMBENG

OK...post ni khas untuk diri sendiri.hihihi..maklumlah dah tua suka lupa-lupa. I belajar buat Ambeng from my MIL. Tiap kali nak atur lauk, I lupa apa yang harus diletak dulu sebab buatnya setahun tak sekali. Jadi..ini untuk future reference dan juga untuk sesiapa yang mungkin nak cuba buat Ambeng.
Ambeng ni hidangan tradisi orang Jawa. Lauk-paukya adalah lauk-pauk masakan harian. Sesiapa saje boleh buat cuma mengaturnya mesti teratur sebab akan dibahagikan kepada empat orang. Makan Ambeng pun tak boleh dihabiskan..cuma jamah 4-5 suap dan selainnya dibungkus sendiri untuk dibawa pulang.
Selalunya MIL akan buat dulang pertama and I sambung seterusnya....

Sabtu lalu ada majlis doa selamat kecilan kat rumah MIL. Oleh kerana doa selamat tu untuk my two doters, I buat Ambeng. MIL tolong masakkan serunding dan acar.


Nasi

Daun Pisang

Timun

Serunding

Sambal Goreng