Tuesday, March 31, 2009

Bubur Ayam



Bahannya

500g isi ayam - cincang/kisar
2 1/2 gayung beras - cuci bersih, toskan
8 biji bawang putih - tumbuk lumat
1 1/2 ibu jari halia - tumbuk lumat
1-2 cawan sayur campur
Air secukupnya
garam dan lada putih serbuk secukup rasa
daun bawang, daun sup dan bawang goreng buat taburan

Caranya:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Air hendaklah 3/4 penuh periuk..ditambah bila perlu.
2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam, beras, lada putih dan garam. Masak dengan api yang perlahan. Sekali-sekala dikacau supaya nasinya hancur dan tidak berkerak.
3. Setelah masak, masukkan sayur campur..masak lagi 5 minit..matikan api..hidang.
4. Hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang..dan sambal kicap...dan telur hitam (century egg).

1 comment: