Tuesday, March 31, 2009

Laksa Goreng Kerang



Bahannya:

1 kg mi laksa (celur)
2 kg kerang (rebus dan ambil isinya)
2 keping fishcake (hiris)
40 sen taugeh
70 sen daun kesum (mayang)

Bahan kisar:

3-4 biji bawang besar
5-6 biji bawang putih
lada kisar ikut suka pedas


Caranya:

1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan fishcake, kerang dan separuh dari daun kesum. Tumis lagi 2-3 minit.
3. Tambahkan 1/2 cawan air dan garam secukup rasa. Tumis hingga pekat tapi jangan kering.
4. Pada masa yang sama..celurkan mi laksa.
5. Toskan mi laksa dan terus masukkan ke dalam tumisan rempah tadi. Gaul rata.
6. Masukkan taugeh dan lebihan daun kesum..gaul rata..matikan api..hidang.

Nota: Mi laksa harus dituangkan terus sejurus selepas dicelur ke dalam rempah tumisan kerana ia akan resap rempah dgn lebih baik lagi .

4 comments:

  1. salam tuan rumah...mohon izin kopi dan link resepi ini ye...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam...silakan... =)

    ReplyDelete
  3. wah piah tak tau plak yg kau ada blog n tak tau plak yg kau da lama dlm bidang ni...mcm ni lain kali aku bole order je dgn kau eh and its nice reading your page and all the tips given...keep up the gd werk sis....

    ReplyDelete
  4. hihihi...blog main-main jer...dah malas dah sekarang...focus dah ke tempat lain and you know where...boleh insya'allah...kalau angin rajin datang balik insya'allah aku teruskan kerja baik ni.. =)...thanks sis

    ReplyDelete