Wednesday, April 8, 2009

Ayam Masak Kicap

My mother's style of ayam masak kicap..hihihi..senang dimasak cepat dimakan. My children's favourite and all the children I cook for.



Bahan-bahannya

1 ekor ayam - potong kecil dan goreng hingga masak tapi jangan garing.
2 biji bawang besar - hiris bulat
4 biji bawang putih - tumbuk
2-3 sb lada hitam biji - tumbuk bersama bawang putih
3/4 cawan kicap masin
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan tomato sos
1 cawan air
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga untuk menumis

Caranya

1. Tumis kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dengan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi..tumis hingga naik wanginya.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada hitam. Tumis sebentar hingga bawang besar layu.
3. Masukkan kicap-kicap, tomato sos dan air...kacau...masukkan ayam..kacau rata.
5. Masak terus selama 5 minit..sehingga kuahnya semakin pekat. Tutup api..hidang.

No comments:

Post a Comment