Friday, April 3, 2009

Ikan Siakap Bakar


Bahan kisar

4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
10 batang cili merah
6 batang cili padi
5 sb cili kisar
7 biji buah keras
Belacan (sebesar syiling 50 sen)

2 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa
Daun pisang dan aluminium foil untuk membungkus

Caranya

1. Tumis bahan kisar bersama daun limau purut dan asam keping hingga garing dan naik minyak. Rasa gula dan garamnya. Matikan api.
2. Alaskan daun pisang di atas aluminium foil. Sendukkan rempah tumisan di atas daun , baringkan ikan dan sendukkan rempah lagi di atas ikan. Bungkus kemas dan bakar di dalam oven.
3. Bakar dengan suhu 230 darjah selama 30 minit. Hidang.

No comments:

Post a Comment