Saturday, April 25, 2009

Choux Pastry


Choux Pastry
Sumber: Buku Warna

Bahan-bahannya
330g air
190g mentega
secubit garam
240g tepung gandum
9 biji telur

Carannya
1. Didihkan air, mentega dan garam. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi sekepal adunan lembik yang tidak melekat di tembok periuk. Matikan api dan sejukkan..tak perlu sejuk sangat..suam-suam dah bolehlah...
2. Masukkan dalam mangkuk mixer, pukul perlahan sambil masukkan telur satu persatu sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
3. Sudukan atau picitkan di atas loyang pembakar yang di alas kertas minyak..ikut size yang anda suka.. dan bakar dengan suhu 200 darjah selama 20-25 minit.
4. Sejukkan dan isi dengan inti pilihan anda....selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment