Sunday, May 10, 2009

Mother's Day - Omak Ku

"Ko buatkan Mak kek yang tak manislah Piah" omak aku kata. "Asik kek manis aje..tukarlah. Tarok daging cincang goreng kering dengan rempah sikit..tarok kat keknya." Pening sekejap kepala aku pikirkan permintaan dia. So this is what I came up with for my 72 year old omak...Keknya berempahkan kari dan daging cincang, tengah-tengah tarok kari ayam dan icing dan deco gunakan whipped potato..hihihi..dia kata "Bolehlah ni..sedap.." Omak aku ni kan very obliging..tak pernah kata tak sedap..tak sedap pun dia kata sedap. Actuallykan not so badlah kek ni...like my SIL said.."Rasanya macam Shepherd's Pie lah Kak Piah." Oklah tu..hihihi....




Mother's Day - Ibu Mertua Ku

Buatkan MIL Fruit Pastry dan Puff Durian



Fruit Pastry



Durian Puffs

Saturday, May 2, 2009

Suji



SUJI

Bahan-bahannya
1 tin (454g) minyak sapi (cair dan sejukkan)
3 1/4 tin tepung naik sendiri
1 tin gula icing
1/2 tin badam cincang (dibakar dulu)

Caranya
Gaulkan tepung, gula dan kacang menjadi satu. Masukkan minyak dan gaul rata. Ketepikan dulu 1/2 - 1 jam baru di gentel bulat-bulat ikut size yang disukai. Bakar 180 degrees selama lebih kurang 15 minit juga ikut size.

Tips:
1. Kalau gunakan tin minyak sapi (454g), sukatan untuk bahan lain pun gunakan tin yang sama. Begitu juga kalau gunakan cawan atau mangkuk.

2. Adunan diperap untuk membolehkan bahan2 penaik dalam tepung naik sendiri mulakan process dan memberikan biskut yang merkah. Perapan juga memudahkan process menggentel.