Thursday, August 27, 2009

BBQ CHICKEN



Ingredients

2kg chicken wings
6 tbs oyster sauce
1 tbs light soy sauce
2 tbs dark soy sauce
1 tbs chilli powder/paste
1 tbs honey
3 cloves garlic (pound to a paste)
2 inch ginger ( pound to a paste)

Method
Mix all ingredients together. Marinate at least 2 hours or overnight. Bake on grill for 20 minutes on one side, overturn and bake another 10-15 minutes. Done.

Tips: I drained the chicken juice after the first baking (20 minutes) to prevent the chicken from getting soggy.

Sunday, August 23, 2009

NAGASARI JAGUNG



NAGASARI JAGUNG
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk.

Friday, August 14, 2009

BEEF STEW



BEEF STEW

Bahan-bahannya

1kg daging lembu - potong dadu
500g bawang besar - cincang
500g kentang - belah 4 atau 6
500g lobak merah - potong besar
6 biji bawang putih - cincang
1 tin (411g) tomato buah dalam tin - diramas
1 cawan Sparkling Juice berperisa anggur merah
1 1/2 sb tepung gandum
1 bungkus rempah Sup Bunjut
1 bungkus kiub ayam/lembu Knorr
2 sb lada hitam biji (ditumbuk)
Minyak Zaitun untuk menumis
Secukup air
Gula garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan putih hingga kuning keemasan.
2. Masukkan tepung dan goreng sebentar saja hingga rata.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali kentang..masak hingga daging empuk dan kuahnya hampir pekat.
4. Masukkan kentang..masak hingga kentang empuk dan kuahnya pekat. Rasa gula garamnya..hidang.
5. Enak dimakan bersama roti.

Wednesday, August 5, 2009

GARLIC SPREAD



GARLIC SPREAD

Bahan-bahannya
250g butter
90g bawang putih ( cincang halus )
1 1/2 sudu teh parmesan cheese
1 1/2 sudu teh English parsley ( cincang halus )
1/4 sudu teh garam

Cara-caranya
Gaul semua bahan menjadi satu. Siap untuk digunakan.

GARLIC BREAD




Bahan Roti

Bahan A
600g tepung roti
80g gula caster
20g susu tepung
4 st yeast
1 1/2 st garam
1st bread improver

Bahan B
300ml air sejuk
1 biji telur

Bahan C
60g butter

Caranya
1. Satukan bahan A dan B..pukul (gunakan mixer) hingga menjadi satu.
2. Masukkan butter dan pukul terus dgn kelajuan 1 selama 15-20 minit.
3. Biarkan doh naik selama 45 minit...atau hingga doh kembang 2 kali ganda.
4. Bahagikan doh kepada ketulan 100g sebiji...bulatkan dan biarkan ia rehat sebentar selama 10 minit.
5. Giling doh menjadi leper dan gulung..aturkan atas dulang pembakar yg telah disapu butter...biarkan rehat lagi selama 30 minit.
6. Sapukan telur di permukaan doh.
7. Belah memanjang ditengah-tengah doh yang telah kembang dan isikan dengan GARLIC SPREAD.
8. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15-20 minit.

Monday, August 3, 2009

AYAM KESHMIRI




AYAM KESHMIRI

Bahan-bahannya
1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

NASI JAGUNG



NASI JAGUNG
Sumber: Efkay

Bahan-bahannya
3 cwn beras basmathi....rendam 20 min dan toskan
4.5 cwn air
1 cwn jagung frozen (rendam hingga lembut)
1/2 cwn susu cair
1 s/b rempah beryani
1 s/b minyak sapi
1 sb minyak masak
garam secukup rasa


Bahan tumis
1 labu bawang ]
1 ulas bawang putih ] mesin halus dan campur dgn rempah beryani
1 inci halia ]
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali , tumiskan 4 sekawan, masuk bahan kisar tumis hingga wangi.
2. Masuk air,susu,jagung, beras ,garam.
3. Mendidih,alihkan pada rice cooker dan teruskan proses memasak.