Monday, August 3, 2009

AYAM KESHMIRI




AYAM KESHMIRI

Bahan-bahannya
1 ekor ayam - potong 8, goreng lembab
150g plain yoghurt
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato - belah empat
Kayu manis empat sekawan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
100g gajus
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
4-5 biji cili padi hijau
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan halus
1 pokok daun ketumbar

Caranya
1. Tumis kayu manis empat sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan susu cair, yoghurt, garam dan 1/2 cawan air. Kacau rata dan biarkan mendidih..masukkan ayam.
3. Masak sehingga terbit minyak, masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar..gaul rata...hidang.

No comments:

Post a Comment