Friday, August 14, 2009

BEEF STEW



BEEF STEW

Bahan-bahannya

1kg daging lembu - potong dadu
500g bawang besar - cincang
500g kentang - belah 4 atau 6
500g lobak merah - potong besar
6 biji bawang putih - cincang
1 tin (411g) tomato buah dalam tin - diramas
1 cawan Sparkling Juice berperisa anggur merah
1 1/2 sb tepung gandum
1 bungkus rempah Sup Bunjut
1 bungkus kiub ayam/lembu Knorr
2 sb lada hitam biji (ditumbuk)
Minyak Zaitun untuk menumis
Secukup air
Gula garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan putih hingga kuning keemasan.
2. Masukkan tepung dan goreng sebentar saja hingga rata.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali kentang..masak hingga daging empuk dan kuahnya hampir pekat.
4. Masukkan kentang..masak hingga kentang empuk dan kuahnya pekat. Rasa gula garamnya..hidang.
5. Enak dimakan bersama roti.

2 comments:

  1. Salam Ramadhan AlMubarak utk Sophie dan keluarga. Semoga dberi kesehatan dlm menjalani ibadah mulia ni.

    Stew ni mesti sedap kan? Minta izin utk siti masak utk bbuka ya.
    Terima kaseh dan salam manis.
    siti

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas doanya Siti...akak doakan yang sama untuk Siti sekeluarga... selamat berpuasa..
    Sedap..silakan...:D

    ReplyDelete