Saturday, October 31, 2009

Roti Ban ' Vanila '

Resepi ni dari rancangan Vanila di Suria...lembut sekali walaupun tak menggunakan bread improver. Kalau aku tak lupa, dalam rancangan tu ada menggunakan bread improver tapi resepi kat website Suria takde pulak...cara membuatnya pun tak detail..













Resepi untuk Ban
500g tepung roti
1 paket (11g) yeast segera
100g gula halus/castor
1 biji telur
260 ml air
1tsp garam
50g butter
Cara-caranya
1. Satukan tepung, yeast dan gula...gaul sebati. Masukkan telur dan air...uli (dgn mixer) sehingga bahan bersatu...masukkan garam....uli lagi seminit.
2. Masukkan butter dan uli sehingga doh jadi licin dan permukaan mangkuk mixer bersih...lebih kurang 20 minit dgn kelajuan 2.
3. Perap doh selama 30-45 minit sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. Bahagikan doh menjadi 50g sebiji, uli bulatkan dan perapkan (proof) lagi 10 minit.
5. Bolehlah bentukkan dan intikan ikut citarasa.
6. Setelah dibentuk, proof lagi selama 20 minit...sapu telur atau biarkan saja...bakar dgn suhu 200 degrees celcius selama 12-15 minit.
Nota: Jikalau roti tidak di sapu telur ketika membakar...sapukan dengan mentega cair setelah roti keluar dari oven.




No comments:

Post a Comment