Sunday, November 15, 2009

Aniq's 10th Birthday Ice-cream Cake

My son's 10th birthday last Friday 13th Nov 09..eh..'Friday the 13th' lah tak perasan pulak..hihihi...Buatkan dia ice-cream cake lagi. Dia nak perasa jagung...gerenti kakak-kakaknya tak suka...so I buat triple flavour...jagung, tiramisu dan caramel..basenya oreo dan bipang kacang yang dikisar kasar.







Sayur Campur Goreng Telur

Resepi ni agaknya direka untuk 'camouflage' kan sayur-sayur tu. Anak-anak suka sebab rasa telurnya lebih dari rasa sayurnya...a good way to make the children eat vegie. Nak tahu kat mana belajar goreng sayur ni?...hihihi...rancangan kanak-kanak TELETUBBIES..




Bahannya

Sayuran pilihan anda...lebih baik yang keras seperti cauliflower, broccoli, carrot, capsicum, leek, sweet pea, button mushroom dalam tin dan lain-lain..

1/2 biji bawang besar (hiris halus)
3 biji telur
garam dan serbuk lada putih secukup rasa


Caranya

1. Tumis bawang hingga layu..masukkan sayur...golek-golekkan seminit.
2. Kocok telur bersama garam...tuangkan ke atas sayur dan biarkan telur 3/4 masak..baru dikacau..renjiskan sedikit serbuk lada putih..biarkan seminit..hidang.

Lemak Udang Cendawan

My eldest doter nampak cendawan-cendawan ni kat Cold Storage..dia nak rasa jadi dia suruh masak lemak cili padi. Selalunya gunakan oyster and enoke mushroom aje but kali ni gunakan yang tak pernah 'try'...bila dah masak rasanya sama aje tapi cendawan yang besar (portabella) sekali tu buat kuahnya gelap sikit tapi tak merosakkan rasa.


Bahannya
1/2 kg udang
10 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
10 batang cili padi (kisar)
1 ibu jari halia (kisar)
1/2 ibu jari belacan (kisar)
2 batang serai (titik)
2 keping asam gelugur
2 kotak kecil santan Kara
Air secukupnya
garam dan gula (optional) secukup rasa
Pelbagai jenis cendawan pilihan anda
Caranya
1. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
2. Masukkan air dan santan...biarkan mendidih..jangan lupa dikacau selalu.
3. Masukkan udang, cendawan dan asam gelugur...masak hingga cendawan kecut..kurang lebih sepuluh minit.
4. Rasa gula garamnya...hidang..
Ni ada sedikit info tentang cendawan.. http://mushroominfo.com/nutrition/