Sunday, November 15, 2009

Lemak Udang Cendawan

My eldest doter nampak cendawan-cendawan ni kat Cold Storage..dia nak rasa jadi dia suruh masak lemak cili padi. Selalunya gunakan oyster and enoke mushroom aje but kali ni gunakan yang tak pernah 'try'...bila dah masak rasanya sama aje tapi cendawan yang besar (portabella) sekali tu buat kuahnya gelap sikit tapi tak merosakkan rasa.


Bahannya
1/2 kg udang
10 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
10 batang cili padi (kisar)
1 ibu jari halia (kisar)
1/2 ibu jari belacan (kisar)
2 batang serai (titik)
2 keping asam gelugur
2 kotak kecil santan Kara
Air secukupnya
garam dan gula (optional) secukup rasa
Pelbagai jenis cendawan pilihan anda
Caranya
1. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
2. Masukkan air dan santan...biarkan mendidih..jangan lupa dikacau selalu.
3. Masukkan udang, cendawan dan asam gelugur...masak hingga cendawan kecut..kurang lebih sepuluh minit.
4. Rasa gula garamnya...hidang..
Ni ada sedikit info tentang cendawan.. http://mushroominfo.com/nutrition/

No comments:

Post a Comment