Sunday, January 24, 2010

KEK KUKUS COKLAT

Welcome to Club40 my sister..:))






KEK KUKUS COKLAT


Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair (kalau gunakan mentega..sukat setelah mentega dicairkan)
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum atau cake flour
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur (size besar)

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

Hias kek ikut creativity sendiri....:))

Tips: Gunakan loyang bulat berukuran 8-9 inci. Alas loyang dengan kertas minyak di dasar dan tepi loyang.

2 comments:

  1. salam kak sophie.. maaf xtau nk drop msg kt mane.. ayu frd nie kak.. hampir 9 bln ayu xon9.. add blog akak ada kt pc lama, xblh nk buka.. lama ayu carik akak.. jumpa juga akhirnya.. hrp akak sihat.. terubat rindu nak tgk roti2 yg akak buat.. take care akak..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Ayu...akak sihat...akak harap Ayu dan anak-anak sihat. Macam mana dgn rumah baru...selesa?
    Akak pun rindu dgn masakan Ayu...apa jadi pada forum Ayu...tak nak hidupkan balik ke?
    Kalau ada blog..bagi tahu akak k...hari-hari akak singgah..hihihi..insyaallah..
    You take care too...

    ReplyDelete